Sunday, August 30, 2009

if the silent takes you then i hope it takes me too

Saturday, August 29, 2009

Jawapan

Kawan aku tanya, Sarah, kenapa kau selalu rasa berat nak kenal sama lelaki?



Sebab patah hati dan jatuh hati getarannya adalah equal.


Satu perit sangat satu teruja sangat. Sampai dua-dua pun sakit dan berbahaya.

Tuesday, August 25, 2009

Venus vs Mars

Aku tengoklah kan, lelaki ni, kalau time dia tengah minat(contoh) tunggu depan rumah pun sanggup, tunggu banyak-banyak hari, tak beragak-agak, sampai kita setuju nak jumpa. Tapi time menyakitkan hati pun tak beragak-agak.

Tapi tu lah. Aku pun kadang-kadang buat orang sakit hati jugak. haha

Kenangan. Aku rasa sweet.

Pejam mata, buat saja

Sempena kawan-kawan yang concern sebagainya, I was introduced to some new people. Well, networking and stuffs. I have nothing to rush. Aku tak settle lagi hal balas jasa parents aku at least satu kerja tetap, ayah aku cakap dia takkan lepaskan aku kahwin selagi tak umur 26 (why 26 dad? atau main petik saja?), so on hal tu aku buat relax sahaja. Aku percaya jodoh. Atas sebab-sebab tertentu.

Anyway, kawan aku tanya aku semalam. Sarah, macam mana kalau aku ada several choices, equally good, setiap seorang unik dalam cara tersendiri, ada yang kurang situ, lebih sini, lebih situ, kurang sini. Aku nak choose siapa, Sarah?

Well,
Sometimes I can talk to people and listen attentively, sometimes, aku duduk mengelamun in the middle of a conversation. Numb and blank just like that. So aku figure out maybe I'm not thinking straight lagi and everything aku nak buat aku fikir lama-lama. I've changed sikit, macam less spontaneous, which I kinda hate, jadi careful sahaja in every action. Tak ada muda dan merbahaya, which I loathe. I loathe that, or maybe I'm not around the right people, or maybe aku belum selesa. I think it's the latter part.

Sebelum aku tidur, I came to a conclusion, at the end of the day, kalau aku, aku akan ambil siapa yang paling dekat dalam hati aku. Aku tanya hati aku. Dulu, kawan aku cakap, perkara dalam dunia ni, Tuhan sudah tentukan and by that, ke mana arah hati kau rasa pun boleh jadi subconciously didorong oleh kuasa yang atur plan tu. Jadi, tanyalah dalam hati.

Dengan itu, siapa yang lebih hebat datang kemudiannya or rivalnya pun tak boleh lawan walaupun nampak lagi best what not, dan mana-mana yang kurang tentang orangnya, kau akan tolerate. Sebab hati kau nak.

Kalau hati kata on, aku akan pejam mata, dan buat sahaja.

Sunday, August 23, 2009

Dan

Jika jalan ini terlalu sempit bagimu

Aku akan mengalah dan menepi

Sunday, August 16, 2009

Adam Dan Hawa?

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.


Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

Monday, August 3, 2009

Dalam

pernah tidak rasa begitu kosong, tapi tidak mampu hendak meluah apa2?
yang termampu cuma senyum dan diam, mengharapkan ada yang mengerti tanpa perlu engkau cerita padanya?

Hari ini, itu yang aku rasa.

jantung masih bagai dikejar anjing. tidak mungkin aku diizinkan tidur oleh tubuh. setiap anggota merengkot dan mengejang. apa lagi yang boleh aku bikin?

Sunday, August 2, 2009

Realistik

You are at the lowest point of your life dear.


Semestinya orang keliling akan rasa kasihan, mengaduh-aduh, rasa nak tergelak dan senyum dengan kegembiraan sendiri.


Senyumlah, tidak mengapa. Hak untuk rasa bahagia tidak mutlak kepada seorang individu sahaja.


Aku terfikir, time yang paling selesa dalam hidup kau apabila kau invisible. Apa bila semua hati angkuh dan besar kepala rasa di puncak dunia.


Itu time paling mudah untuk kau. Kerana orang fikir kau tidak ada apa yang tinggal. Ini, masa yang paling mudah.


Bila orang pandang kau kecil mereka tidak akan sangka kau sedang merancang sesuatu yang besar.


Invisible dan kecil itu mudah.


Mereka tanya engkau, cuba kau tengok sekeliling kau, siapa yang tak pentingkan diri sendiri? Kalau kau tak mahu, mungkin kau seorang agaknya.


Harap kau tidak bertukar menjadi manusia terlalu selfish untuk keep up dengan kota durjana dan semua isi di dalamnya.


Sarah.