Aku tengah duduk kalut mengisi borang. Bukanlah apa pun, cuma aku rimas. Aku dah isi banyak-banyak itu hari, sekali kena isi semula.
Dalam bilik ni, aku dengar orang bersembang. Satu Cina ni sedang beritahu semua orang, "Benda atau manusia dalam dunia ni, yang buat kau tak happy dan tertekan, kalau kau tak let go, ia akan mengganggu kau seumur hidup. Lebih baik kau let go. Especially yang tak letak kau sama tinggi macam kau letak dia dalam hati."
Aku suka bila dengar orang cakap macam ni. Walaupun sama berulang macam pos yang lama, aku suka. Ia mengingatkan aku in the first place kenapa aku tidak pernah berminat dengan kaki perempuan atau sebaliknya untuk perempuan. Kalau aku tahu kelakuannya. Macam yang jenis cintanya murah. Doesn't matter aku tak cantik mana ke apa, aku tak impress langsung kelakuan begitu. Orang yang hanya akan membuang masa aku dan orang lain yang berharga.
Tidak kisahlah orangnya sangat kacak atau bergaya atau berduit atau dikenali ramai. Perkara begitu, tidak membuatkan aku rasa terpesona. Biasanya, dengan orang begini, aku lebih cenderung untuk cabut lari jauh-jauh. Kenal-kenal begitu sahaja, oklah.
Cuba kau fikir, dalam dunia ni, ada banyak gila benda nak fikir. Kalau kau betul-betul hidup tidak terlalu berfoya-foya, (bukan serious membabi buta), kau boleh settle banyak benda. Dengan jayanya dan bermakna.
Lagipun, sebenarnya, kalau kau betul-betul bercinta dan mencintai seseorang, ia sepatutnya akan menjadi sangat manis kalau dihayati. Ia satu proses yang menarik sebenarnya kalau hati kau ikhlas. Kadang-kadang aku wonder bagaimana orang boleh main-main sahaja hal begini walhal sebenarnya untuk menjadikan satu hubungan itu cantik dan working, ia memerlukan effort. Mencari cinta itu sendiri satu struggle sebenarnya. Aku perasan, makin kau besar, makin rumit untuk mencari orang yang akan sayang kau regardless apa pun.
Mungkin orang kejarkan wang kau, nama, atau rupa tak ada yang ikhlas sangat dah.
It's not berapa ramai jumlah yang sudah kau takluki, dan boleh kau bangga-banggakan, maka, aku jadi tidak gemar melihat kelakuan macam aku sebut di atas. Sebab siapa kau hendak hidup mempermain hati orang sedangkan ramai orang dalam dunia ni yang crave cinta sejati yang mungkin tidak pernah kau tahu apa maksudnya pun.