Aku tengah duduk kalut mengisi borang. Bukanlah apa pun, cuma aku rimas. Aku dah isi banyak-banyak itu hari, sekali kena isi semula.
Dalam bilik ni, aku dengar orang bersembang. Satu Cina ni sedang beritahu semua orang, "Benda atau manusia dalam dunia ni, yang buat kau tak happy dan tertekan, kalau kau tak let go, ia akan mengganggu kau seumur hidup. Lebih baik kau let go. Especially yang tak letak kau sama tinggi macam kau letak dia dalam hati."
Aku suka bila dengar orang cakap macam ni. Walaupun sama berulang macam pos yang lama, aku suka. Ia mengingatkan aku in the first place kenapa aku tidak pernah berminat dengan kaki perempuan atau sebaliknya untuk perempuan. Kalau aku tahu kelakuannya. Macam yang jenis cintanya murah. Doesn't matter aku tak cantik mana ke apa, aku tak impress langsung kelakuan begitu. Orang yang hanya akan membuang masa aku dan orang lain yang berharga.
Tidak kisahlah orangnya sangat kacak atau bergaya atau berduit atau dikenali ramai. Perkara begitu, tidak membuatkan aku rasa terpesona. Biasanya, dengan orang begini, aku lebih cenderung untuk cabut lari jauh-jauh. Kenal-kenal begitu sahaja, oklah.
Cuba kau fikir, dalam dunia ni, ada banyak gila benda nak fikir. Kalau kau betul-betul hidup tidak terlalu berfoya-foya, (bukan serious membabi buta), kau boleh settle banyak benda. Dengan jayanya dan bermakna.
Lagipun, sebenarnya, kalau kau betul-betul bercinta dan mencintai seseorang, ia sepatutnya akan menjadi sangat manis kalau dihayati. Ia satu proses yang menarik sebenarnya kalau hati kau ikhlas. Kadang-kadang aku wonder bagaimana orang boleh main-main sahaja hal begini walhal sebenarnya untuk menjadikan satu hubungan itu cantik dan working, ia memerlukan effort. Mencari cinta itu sendiri satu struggle sebenarnya. Aku perasan, makin kau besar, makin rumit untuk mencari orang yang akan sayang kau regardless apa pun.
Mungkin orang kejarkan wang kau, nama, atau rupa tak ada yang ikhlas sangat dah.
It's not berapa ramai jumlah yang sudah kau takluki, dan boleh kau bangga-banggakan, maka, aku jadi tidak gemar melihat kelakuan macam aku sebut di atas. Sebab siapa kau hendak hidup mempermain hati orang sedangkan ramai orang dalam dunia ni yang crave cinta sejati yang mungkin tidak pernah kau tahu apa maksudnya pun.
Tuesday, October 13, 2009
Friday, October 2, 2009
atau, kenyataan yang kita(aku) sembunyikan
aku selalu saja memekat dan melarut di dalam Masa
melantun antara dinding-dindingnya
dan hidupku berlalu di hadapan mataku seperti perjalanan tren yang tak pernah berhenti
seperti merenung tingkapnya
kota demi kota
warna demi warna
wajah demi wajah
dan aku tak boleh turun darinya
aku tak boleh hentikan bisingnya
suara-suara tanpa butir
perkataan tanpa makna
aku telah lontarkan telapak tanganku ke dalam deru Masa
cuba mencari makna dalam genggamanku
tapi yang melolos dari celah-celah jariku cuma debu-debu
hitam dari masa lampauku
atau apa itu dari masa hadapan?
oh, kita pernah muda, sekali
betapa muda! betapa naif!
betapa usia menghambat mimpi kita
dan dunia menambat hati kita!
aku selalu saja tertanya
apa yang memacu haluan kita dan memesongkannya
apa yang wujud seperti medan magnet di antara kita
menarik jiwa-jiwa kita
membawa kita ke titik yang sama setiap beberapa ketika
setiap kali kita lepaskan genggaman
aku tak pernah dengar suaramu sejak tengkujuh lalu
dan aku di sini, di sebelahmu sekali lagi
selesa dengan lembut belakangmu
merenung wajah tidurmu
lenganku membaluti tubuhmu dan haba dari tubuh kita terperangkap bersama
dan tiada tempat di seluruh dunia yang aku lebih mahukan dari berada di sini, di sisimu

Monday, September 21, 2009
setiap hari yang kita hidup ini mesti akan ada ilmu yang kita pelajari
you know, untuk seseorang yang sudah beberapa tahun living in this city, jujur aku cakap bila aku masih naif tentang dunia dan manusia. dunia tidaklah se-complicated mana pasal yang membuatkannya complicated adalah manusia sendiri. kesalahan yang datangnya dari penyalah-gunaan otak masing-masing. aku pun tidak terkecuali.
tapi kalau sudah selalu sangat buat mistakes, aku pun naik meluat dengan diri sendiri.
tapi kalau sudah selalu sangat buat mistakes, aku pun naik meluat dengan diri sendiri.
pernah suatu ketika dulu, she sold her soul to a heartless someone
Sarah, kau sudah diperdaya. tapi tidak perlu rush untuk gain back that trust you've lost. cuma kau perlu fikir dalam-dalam yang mana satu kau harus turuti, yang mana kau harus shield yourself from.
tidak mengapa kalau kayuh perlahan-lahan. your days are not numbered yet. taman yang ada rainbow, butterflies dan pretty flowers itu akan tunggu sehingga kau sampai.
it will still be there, untuk kau berguling tanpa kerisauan atas rumput hijaunya yang macam permaidani itu. yang macam dalam mimpi-mimpi kau.
sincerely,
Yourself
How many days more?
i'm fucken vulnerable, it's pathetic.
i fucken need to know, HOW MANY DAYS MORE until i go sane and normal and get myself straight and not all bengkok-bengkok and rasa crappy shit and not go whiny because nobody, NOBODY can actually stick around to listen to patheticness because whinings are a fucken waste of time.
i need to know the exact moment when these torturings are gonna stop.
it's fucken killing me already.

Apa bisa?
Duduk bergoyang kaki
menarik nafas yang dalam
jejari tangan bermain butiran
pasir di atas bangku simen
mengeluh panjang
i’m thinking again
of the quote
opposites attracts
Lama, kan?
aku, kamu bersabar
kerenah yang agak meluat
maybe we believe
in something invisibl-y strong
mungkin aku saja lebih percaya
bersungguh-sungguh menahan
Aku suka
bila tanganku dalam tangan kamu
bila tangan kamu usap kepala aku
bila aku cuba buat kamu suka
kejutan yang tidak menjadi
manis bagai rasa sampoerna di bibir
Tapi adakala terasa melecur
mengadu kesakitan
menangis teresak mahukan pujukan
kepulangan karma memberi keputusan
1 - sama
ignorance is bliss
i was bliss
and ego have got to be your middle name
Aku bertandang lagi (mencuba)
mengusap lembut
bisikkan kata-kata manis
sayang di dahi bagi kamu
sangat tersirat
aku usaha
buat kamu percaya
i did miss you
you weren’t sure
//
With your hands around me
insecurity no longer exists
baby, hold me tight
like those promises you once said
no, i didn’t forget
it was you who did
still it’s not promises that i wanted
just the normal things you said
nothing specially bizarre
maybe normal is okay
not typical, just normal'
Tapi masih mampu kah aku bertahan?
menarik nafas yang dalam
jejari tangan bermain butiran
pasir di atas bangku simen
mengeluh panjang
i’m thinking again
of the quote
opposites attracts
Lama, kan?
aku, kamu bersabar
kerenah yang agak meluat
maybe we believe
in something invisibl-y strong
mungkin aku saja lebih percaya
bersungguh-sungguh menahan
Aku suka
bila tanganku dalam tangan kamu
bila tangan kamu usap kepala aku
bila aku cuba buat kamu suka
kejutan yang tidak menjadi
manis bagai rasa sampoerna di bibir
Tapi adakala terasa melecur
mengadu kesakitan
menangis teresak mahukan pujukan
kepulangan karma memberi keputusan
1 - sama
ignorance is bliss
i was bliss
and ego have got to be your middle name
Aku bertandang lagi (mencuba)
mengusap lembut
bisikkan kata-kata manis
sayang di dahi bagi kamu
sangat tersirat
aku usaha
buat kamu percaya
i did miss you
you weren’t sure
//
With your hands around me
insecurity no longer exists
baby, hold me tight
like those promises you once said
no, i didn’t forget
it was you who did
still it’s not promises that i wanted
just the normal things you said
nothing specially bizarre
maybe normal is okay
not typical, just normal'
Tapi masih mampu kah aku bertahan?
Friday, September 18, 2009
Friday, September 11, 2009
nafi.
terimalah.
dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada dunia dia sendiri.
dia dah lama tak nak kau.
dia cuma nak main2.
tapi tidak.
kau tolak untuk percaya.
kau rasa kau lebih kenal dia.
kau tahu dia siapa.
kau benci orang semua.
berhentilah.
siapa yang kau bohong selain engkau sendiri.
dia tidak cari engkau
dia tidak peduli engkau
dia sudah lama pergi
cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.
pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.
kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.
benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.
tapi yang ini benar juga:
betapa mudah kita membiar jiwa hancur.
sedangkan dari kecil ditatang mak ayah.
betapa mudah kita membiar diri ranap.
sedangkan dari kecil dijulang tak sudah.
betapa murah.
kalaulah tahu mak ayah.
kalaulah tahu betapa kita tak sudah2
membiar jiwa dan diri jadi murah dan mudah.
kalaulah.
pasti hancur dan ranap
seorang mak
seorang ayah.
entri ini adalah untuk aku yang selama ini hidup dengan penafian.

Tuesday, September 8, 2009
Hoho
I do treat this as a place for me to rant. So, bila aku happy, aku tak ada apa sangat nak tulis dah sebenarnya. I used to ada rasa tak puas hati hal family ke frenship ke relationship ke, never ending kot but the issues that bug me inside, all settled.
I used to have problems with my faith, then aku dah tak ada issue tu because I've come to term that at the end of the day aku rasa aku akan minta semua pada tuhan juga,macam berserah je lah.. so it's either aku nak minta or tak, so the issues all settled.
I used to have issues on hal relationship and fidelity then I've also come to terms that sebanyak mana pun kita nak sibuk, kau tak boleh duduk masuk dalam kain orang, so tak payah jadi isu baik fikir hal sendiri.
I used to have issues on women not being treated fairly but I can't repeat what I wrote. I pour it all out so perasaan meluap nak tulisnya dah jadi lain. Tak berkobar macam dulu.
I used to have issues dengan sesiapa aku rasa macam jahat hati then aku fikir, asalkan jaga hati sendiri so life is all good.
I used to have issues hmm on things yang tak payah jadi hal aku langsung just I want to say something then aku fikir I should've just buat hal sendiri, which is way easier.
I used to have issues regarding aku suka melucah then sampai satu tahap aku dah bosan melucah. Cakap-cakap sahaja tak jadi apa. And if I don't want to make it happen, it won't happen.hahahaha
I used to be so uptight and tension masa di universiti so aku guna blog untuk merepek buat goofy aku, cerita hal kawan-kawan dan orang sekeliling yang aku rasa tak berapa diterima oleh surrounding universiti aku, aku letih buat eksperimen setiap hari, it's mundane, I'm on a dateline, aku malas nak start buat painting sampai mak aku dah maki, then I've graduated already. Tak ada dah tension zaman universiti. and if ada pun, i think i would handle it differently. Now I'm older. I shouldn't waste my time getting irritated sangat at small stuffs.
I used to have issues dengan ex aku,(and i know you read this hehe) maybe still ada but deep inside aku dah tak heran sempena I met someone new kot just reminiscing to analyze things. Huhuhu
I don't really give a damn about this whole kekecohan dalam dunia which I hardly have any control over. I'm so ignorant. Aku rasa pengetahuan aku tentang apa yang terjadi di Malaysia sekarang ialah aku tak tahu apa-apa. Dengar-dengarnya banyak perkara bodoh terjadi. Lagi aku malas nak tahu.
I'm busy mending my heart, planning my life, loving people I should, make it count, ingat kawan lama, just that so far. Just that. Average normal people. So macam hal aku dah pour out, aku macam dah dapat deal kot dengannya, so aku dah tak rasa nak cakap dah lah. I grow up. How life changed lah in years.
This blog therapy works like a magic lah untuk aku. Hugs.
How's life been treating each and everyone of you so far?
Have a nice day!

Friday, September 4, 2009
contract
Dear men,
I'll most probably (or definitely) leave if I feel
unapreciated,
or abused.
I mean mental-abuse.
Take your pick.
In case it happens, I'm better off alone anyway.
p/s: (It's called using if you are manipulated into doing things you strongly feel against or unwillingly to)

Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Jawapan
Kawan aku tanya, Sarah, kenapa kau selalu rasa berat nak kenal sama lelaki?
Sebab patah hati dan jatuh hati getarannya adalah equal.
Satu perit sangat satu teruja sangat. Sampai dua-dua pun sakit dan berbahaya.
Tuesday, August 25, 2009
Venus vs Mars
Aku tengoklah kan, lelaki ni, kalau time dia tengah minat(contoh) tunggu depan rumah pun sanggup, tunggu banyak-banyak hari, tak beragak-agak, sampai kita setuju nak jumpa. Tapi time menyakitkan hati pun tak beragak-agak.
Tapi tu lah. Aku pun kadang-kadang buat orang sakit hati jugak. haha
Tapi tu lah. Aku pun kadang-kadang buat orang sakit hati jugak. haha
Kenangan. Aku rasa sweet.
Pejam mata, buat saja
Sempena kawan-kawan yang concern sebagainya, I was introduced to some new people. Well, networking and stuffs. I have nothing to rush. Aku tak settle lagi hal balas jasa parents aku at least satu kerja tetap, ayah aku cakap dia takkan lepaskan aku kahwin selagi tak umur 26 (why 26 dad? atau main petik saja?), so on hal tu aku buat relax sahaja. Aku percaya jodoh. Atas sebab-sebab tertentu.
Anyway, kawan aku tanya aku semalam. Sarah, macam mana kalau aku ada several choices, equally good, setiap seorang unik dalam cara tersendiri, ada yang kurang situ, lebih sini, lebih situ, kurang sini. Aku nak choose siapa, Sarah?
Well,
Sometimes I can talk to people and listen attentively, sometimes, aku duduk mengelamun in the middle of a conversation. Numb and blank just like that. So aku figure out maybe I'm not thinking straight lagi and everything aku nak buat aku fikir lama-lama. I've changed sikit, macam less spontaneous, which I kinda hate, jadi careful sahaja in every action. Tak ada muda dan merbahaya, which I loathe. I loathe that, or maybe I'm not around the right people, or maybe aku belum selesa. I think it's the latter part.
Sebelum aku tidur, I came to a conclusion, at the end of the day, kalau aku, aku akan ambil siapa yang paling dekat dalam hati aku. Aku tanya hati aku. Dulu, kawan aku cakap, perkara dalam dunia ni, Tuhan sudah tentukan and by that, ke mana arah hati kau rasa pun boleh jadi subconciously didorong oleh kuasa yang atur plan tu. Jadi, tanyalah dalam hati.
Dengan itu, siapa yang lebih hebat datang kemudiannya or rivalnya pun tak boleh lawan walaupun nampak lagi best what not, dan mana-mana yang kurang tentang orangnya, kau akan tolerate. Sebab hati kau nak.
Kalau hati kata on, aku akan pejam mata, dan buat sahaja.
Sunday, August 23, 2009
Sunday, August 16, 2009
Adam Dan Hawa?
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

Monday, August 3, 2009
Dalam
pernah tidak rasa begitu kosong, tapi tidak mampu hendak meluah apa2?
yang termampu cuma senyum dan diam, mengharapkan ada yang mengerti tanpa perlu engkau cerita padanya?
Hari ini, itu yang aku rasa.
jantung masih bagai dikejar anjing. tidak mungkin aku diizinkan tidur oleh tubuh. setiap anggota merengkot dan mengejang. apa lagi yang boleh aku bikin?

Sunday, August 2, 2009
Realistik
You are at the lowest point of your life dear.
Semestinya orang keliling akan rasa kasihan, mengaduh-aduh, rasa nak tergelak dan senyum dengan kegembiraan sendiri.
Senyumlah, tidak mengapa. Hak untuk rasa bahagia tidak mutlak kepada seorang individu sahaja.
Aku terfikir, time yang paling selesa dalam hidup kau apabila kau invisible. Apa bila semua hati angkuh dan besar kepala rasa di puncak dunia.
Itu time paling mudah untuk kau. Kerana orang fikir kau tidak ada apa yang tinggal. Ini, masa yang paling mudah.
Bila orang pandang kau kecil mereka tidak akan sangka kau sedang merancang sesuatu yang besar.
Invisible dan kecil itu mudah.
Mereka tanya engkau, cuba kau tengok sekeliling kau, siapa yang tak pentingkan diri sendiri? Kalau kau tak mahu, mungkin kau seorang agaknya.
Harap kau tidak bertukar menjadi manusia terlalu selfish untuk keep up dengan kota durjana dan semua isi di dalamnya.
Semestinya orang keliling akan rasa kasihan, mengaduh-aduh, rasa nak tergelak dan senyum dengan kegembiraan sendiri.
Senyumlah, tidak mengapa. Hak untuk rasa bahagia tidak mutlak kepada seorang individu sahaja.
Aku terfikir, time yang paling selesa dalam hidup kau apabila kau invisible. Apa bila semua hati angkuh dan besar kepala rasa di puncak dunia.
Itu time paling mudah untuk kau. Kerana orang fikir kau tidak ada apa yang tinggal. Ini, masa yang paling mudah.
Bila orang pandang kau kecil mereka tidak akan sangka kau sedang merancang sesuatu yang besar.
Invisible dan kecil itu mudah.
Mereka tanya engkau, cuba kau tengok sekeliling kau, siapa yang tak pentingkan diri sendiri? Kalau kau tak mahu, mungkin kau seorang agaknya.
Sarah.
Sunday, July 26, 2009
Puisi Lapuk aku
puisi dulu
puisi aku
mungkin
puisi lapuk bagi kamu
tapi puisi lapuk itu
tak pernah berubah
tiap inci maksud
tiap baris makna
tiap getar rasa di dalamnya
tiap rasa dalam tuan empunya
tak pernah ;)
puisi aku
mungkin
puisi lapuk bagi kamu
tapi puisi lapuk itu
tak pernah berubah
tiap inci maksud
tiap baris makna
tiap getar rasa di dalamnya
tiap rasa dalam tuan empunya
tak pernah ;)
Sunday, July 19, 2009
Monday, July 13, 2009
Woot!
It's hard to accept, but I can't change the past. I can't go back and manipulate things to the way I wanted them to happen. Because life'd be meaningless and boring and just not worth living. But I can change the future and that's a beautiful thing about life. Yes, I will make mistakes. And yes, I will have bad days - but as long as I let the past go, I'll have such a gorgeous and bright future ahead of me. Knowing that things were meant to happen. Knowing that each day I will learn something so that I keep growing to be a better person.
I am today because of the choices I made yesterday.
And I won't look back. And I won't regret.Though hurts like hell.Someday I will forget.
Gambate !
I am today because of the choices I made yesterday.
And I won't look back. And I won't regret.Though hurts like hell.Someday I will forget.
Gambate !
Di antara kegilaan itu
Buatku tersipu
Kamu dan senyummu
Persekongkolan bibir dan lesung itu
Buatku terpaku
Tawa renyah itu
Hangat peluk saat lalu
Tertimbun diantara riuhnya rindu
Kamu dan cintamu
Cukuplah buatku
Lalui waktu
Tak lagi sendu
Hanya biru
Aku
Sayang kau bodoh!
Kamu dan senyummu
Persekongkolan bibir dan lesung itu
Buatku terpaku
Tawa renyah itu
Hangat peluk saat lalu
Tertimbun diantara riuhnya rindu
Kamu dan cintamu
Cukuplah buatku
Lalui waktu
Tak lagi sendu
Hanya biru
Aku
Sayang kau bodoh!
Saturday, July 11, 2009
Motivasi Diri :D
Hari ini semalam, semalam, semalam, kelmarin dan kelmarin dan dulu- dulu, aku banyak buat kesilapan.
Semoga esok aku bisa jadi lebih baik :)
Semoga esok aku bisa jadi lebih baik :)
Wednesday, July 8, 2009
Tidur
mungkin benar adanya
awan tak mungkin di sentuh tanpa kapal angkasa
selamat malam dunia yang indah ! :)
dan terima kasih tuhan yang baik hati ! :)
awan tak mungkin di sentuh tanpa kapal angkasa
selamat malam dunia yang indah ! :)
dan terima kasih tuhan yang baik hati ! :)
Tuesday, July 7, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Friday, June 19, 2009
tingkap kecil
pasti engkau sedang merenung tingkap engkau
yang sudah tidak ada seseorang mengetuk-ngetuk kacanya
pasti engkau sedang merenung lampu tidur engkau yang berdiam
dan kau tertanya-tanya "mengapa terus diam?"
pasti engkau sedang bertanya,
ke mana silap engkau?
ke mana salahnya?
pasti engkau sedang menghitung setiap khilaf engkau
yang bisa engkau pusingkan kembali
untuk mencantasnya dan menciptakan sesuatu semula
kelip-kelip,
pergikan pada dia
dan ceritakan tentang saya
tingkap kecil itu
yang memisahkan engkau dan aku
masih ingatkah engkau ketika berbaring di kamar kamu?
masih ingatkah engkau jari aku mengituk-ngituk kaca itu?
tingkap kecil,
saksikan aku mengerdil
aku ingin kembali di bawah itu
takkan ku jejakkan kaki ke tingkap itu
biarkan dia sendiri dengan kabus biru
tidak semua cinta itu
akan berakhir di dalam rangkul 'engkau dan aku'
maka tingkap kecil dudukkan kau di situ
dan bisikkan pada dia
aku tidak akan lagi berada di depan sana
mengetuk-ngetuk untuk berbicara sama dia
wahai tingkap kecil,
diam saja
meski pun airmata dia
menghulur dan menghunus jiwa saya
hai tingkap kecil, diamkan saja
kalau ditanya di mana aku wahai tingkap kecil, biarkan saja
cinta ini antara aku dan dia tidak mungkin, tidak mungkin saja
wahai tingkap kecil, diamkan
kalau ditanya, kau diamkan
kalau ditengking, engkau biarkan
kalau dipecah pun, diamkan!
tidak semua cinta itu akan menjadi nyata
tidak semua rasa di dalam hati menjadi milik beta
aku serahkan jiwa aku pada angin bayu malam itu
nyawa aku dimamah lagu yang sayu
diamkan
diamkan
diamkan
biarkan dia dengan kunang-kunang itu
biarkan dia tidur tiada aku.
puisi ini

Subscribe to:
Posts (Atom)